Rabu, 4 Januari 2012

sekolah baru .

Assalammualaikum . Hai semua . okay hari ini first day Farah masuk sekolah baru . nama apa ? Smk Tunku Ismail . sekolah baru ni sebenarnya dekat sangat dengan sekolah lama Farah *Smk Bakar Arang . okay . tujuan Farah datang dekat sekolah ni bukan sengaja cari mood baru atau dalam kata erti lain ikut jejak kakak Farah , Fatheen . Farah pindah kat sekolah ni sebab Farah nak masuk aliran sains tulen . tipu kalau Farah cakap dekat sekolah lama tak ada aliran tu . aliran tu ada tapi penuh dan kebetulan time PMR , Farah punya result tak cun . Jadi salah satu cara , kenalah hijrah . okay . first day Farah hari ni tak ada yang menggembirakan hati lansung kecuali makanan kantin . ohmyAllah . sedap lah nasi ayam dia . ngehehe . air pun sama . pasal kawan ? tak jadi masalah sangat dekat Farah . kat sana ada banyak kawan even baru masuk tapi Farah jenis yang take time so buat muka blur ja lah awal-awal ni . takkan nak tunjuk tembelang dalam masa satu hari ni . Farah ada masa gedik dan masa Farah untuk serious . Untuk tingkatan 4 ni Farah pilih sains tulen tapi tadi Farah masuk kelas akaun . tapi sementara saja sebab kelas akan ditetapkan esok atau mungkin hari ahad minggu depan . tak pasti . and macam biasa . bagi mana-mana sekolah pun mesti ada orentasi dan aktiviti tu ... erk jujur eh . bosan tahap ! Farah agak semua pelajar setuju kut kalau Farah cakap yang kita tak boleh duduk berjam-jam hanya untuk dengar ceramah . ganggu tumpuan kut . mata jadi layu . badan jadi membengkok dan kaki kebas atas bawah . benda alah ni jadi time Farah dengar orentasi tadi . walaupun dah telan berteguk air mineral pun , masih lagi mengantok tau . sampai tertumpah lah kan *saya seorang yang sedikit careless . Alhamdulillah Farah boleh stay dalam sekolah tu dari pagi sampai Farah habis sekolah . tapi kat sini Farah nak bagi tahu , Farah masih tak boleh lupa SMK Bakar Arang . bukan perkara yang senang untuk kita lupa asal usul kita . rindu sangat dekat semua student dan cikgu kat sana . perbezaan sangat ketara tapi semua sekolah sama . cantik/buruk mana pun sekolah tu bukan ukuran tapi warga dalam sekolah tu lah yang kena main peranan . Farah harap semua berjalan lancar sepanjang perubahan yang bakal Farah lalui ni .




p/s : Ya Allah . Aku rindu Smk Bakar Arang . :'(